Resepi Ayam Panggang Ala KENNY ROGERS BY MANJADOLCE
Bahan-Bahannya:
-Ayam (seekor)
-1 sudu teh garam
-1 kiub pati ayam
-2 inci Halia
-3 batang serai
-4 ulas bawang putih
-4 sudu makan lada hitam (ditumbuk/blander kasar)manja blander je. Tp blender kasar sikit.
-4 sudu makan madu
-4 sudu makan sos tiram
-4 sudu makan minyak zaitun
-Bahan-bahan yang dikisar. Serai, kiub pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air.
-Kemudian, campurkan semuanya dalam bekas untuk perapan. Bahan-bahan yang dikisar tadi, madu, lada hitam, sos tiram dan garam.
-Kemudian, gaulkan sehingga ianya sebati.
-Gaulkan pada ayam.
-Kemudian perapkan pada ayam. Perapkan semalaman atau paling minima 4 jam. Tapi lagi lama perap lagi best, bahan perapan meresap hingga ke tulang ayam. (Untuk 2 ekor ayam, sila gandakan bahan-bahan tadi ya)
-Selepas perapan semalaman, sedia untuk di panggang.
-Panaskan oven 15 minit terlebih dahulu sebelum masukkan ayam. Gunakan api atas bawah. Suhu 200'C dan panggang dalam oven selama 1 jam 30 minit.
-panggang ayam selama 30 minit. Keluarkan ayam untuk sapu lebihan kuah rempah tadi. Selepas itu, masukkan semula ayam ke dalam oven selama 1 jam..
-Selepas 1 jam keluarkan ayam.
-Dah siap, Alhamdulillah, semerbak bau macam Kenny Rogers. Selamat mencuba semua.