Sunday, September 10, 2017

Lala Kam Heong By Manjadolce






Bahan-Bahannya
300 grm lala (dicuci & ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam secukup rasa dan Gula secubit


Cara Membuatnya:-
Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau. 
Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati. 
Tambahkan garam serta gula secukup rasa.

Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.masukkan dlm pinggan. Ketepikan.

Untuk rebusan brokoli dan cendawan
1/2 kiub ayam
Air

Cara: masukkan kiub ayam. panaskan air sampai mendidih. Lepas tu masukan brokoli dulu. Jgn celur lama sgt. Nnti x rangup brokoli. X sdp. Kemudian toskan.
Celur cendawan pula. Toskan..

Dh siap semua...letak brokoli dan cendawan yg sudah ditoskan td.. Siap...



Kerang Air Asam Ala Thai





Kerang Air Asam Ala Thai.. Cantik je kan kerang tak kecut... Segar nampak....
KERANG AIR ASAM Ala Thai
Bahan- Bahan
2 kilo kerang
10 batang cili api
3 biji limau nipis dibelah 4
2 biji tomato
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air limau satang
2 inci belacan dibakar
1 genggam asam jawa jadikan 1 cawan jus asam jawa
garam dan gula secukupnya
Daun ketumbar 
Cara -Cara
Basuh kerang dan rebus kerang sehingga ada kerang yang terbukak sendiri
Note: Manja Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari petis ais untuk elakkan kerang jadi kecut dan nak nampak segar.. Pastu buang separuh cengkerang dan gunakan separuh lagi yang berisi untuk dibuat kerabu
Hiris kasar cili api dan tomato
Satukan air asam jawa , belacan bakar , sos ikan , jus limau satang , cili api , tomato , garam dan gula dalam bekas yang sesuai
Gaulkan bersama kerang sehingga mesra
Akhir sekali perahkan limau nipis dan masukkan daun ketumbar yang dipotong kasar , campurkan sekali kulit limau dan gaul lagi sehingga sebati

Siap....

Tuesday, September 5, 2017

Princess

Princess







Pucuk Paku Goreng Cili Api

Pucuk Paku Goreng Cili Api


Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih) By Manjadolce

Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih)
By Manjadolce





9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)

2-3 inci halia ( hiris nipis)

5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..

sebelah dada ayam

sebungkus cendawan shitake

3 -4 sb sos tiram

3-4 sb kicap pekat dan 2-3sb kicap cair

serbuk lada hitam

sesudu kecil minyak bijan

4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)

3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)

sayur sawi atau kubis

yee mee


Cara:

tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan

masukkan ayam kemudian sedikit air..

masukkan cendawan..

masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak..

masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)

masukkan minyak bijan

tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak

masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..

bila rasa dah ok... siap boleh la tutup apinya

boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...

update:

mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya

kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..


untuk yee mee nya:

rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.

air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut,

anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang,

namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika..

lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya.

mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama.. =)

Udang Masak Kari Kering

Udang Masak Kari Kering


Bahan-Bahan

11 ekor Udang
5 tangkai Daun kari
5 Sdb Serbuk kari (bancur dgn air dahulu)
1btg Serai *
1 Bawang besar *
3 Bawang putih *
1/2 cawan Santan
Garam
Ajinomoto

Cara

1-goreng udang dgn kunyit+sedikit garam. Jgn goreng lama2.nanti udang kecut. Kemudian toskan. Dan ketepikan.

2-tumis bahan2 yg manja tanda *
Tumis sekejap kemudian.

3-masukan daun kari+serbuk kari yg sudah dibancur terlebih dahulu.tumis sehingga pecah minyak..(Agak kering)

4-masukan santan+garam+ajinomoto.Tumis sampai kering.

5-masukan udang yg telah digoreng..gaul bg rata. Terus tutup api. Siap... SEDAP...

Udang Goreng Butter/Buttered Prawn By Manja Dolce

Udang Goreng Butter/Buttered Prawn By Manja Dolce



Sarang Telur:

2 biji kuning telur

1 senduk butter/margerin

1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur.

Panaskan butter/margerin bersama minyak masak.Manja gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.


Udang:

12 ekor udang

Sedikit garam

Sedikit lada sulah

Minyak untuk menggoreng

3 ulas bawang putih - dicincang

6-8 tangkai cili padi - dihiris

5 tangkai daun kari

1/4 cawan susu cair/susu segar

Sedikit butter/margerin untuk menumis

Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka

Garam secukup rasa

1-Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.


2-Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.


3-Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.


4-Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp....

Ikhlas dari Manjadolce