Saturday, January 4, 2020

Pak Choy Masak Sos Tiram By Manja Dolce




Pak Choy Masak Sos Tiram By Manja Dolce

Bahan-bahan

sayur siew pak choy (manja guna 4 pokok)

4-5 sudu mkn sos tiram

3 ulas bawang putih- cincang dadu

seinci halia - cincang halus

air sedikit

1/2 kiub ayam bahagi 2 ye.-utk rebusan pak choy+kuah sos tiram.

tpg jagung+air sedikit utk pekatkan kuah

Cili api - kalau suke pedas.. Xnk letak pun xpe. 



Cara-cara
Masukkan kiub kedalam air rebusan.Panaskan air sehingga mendidih. celur pak choy tanpa di potong-potong. Jangan terlalu lama celur. Nanti x sayur x rangup.. Sekejap shj.

angkat dan toskan.Susun dlm pinggan dan ketepikan.

panaskan minyak, tumis bhn cincang hingga naik bau@kekuningan.

masukkan sos tiram dan juga air sedikit.kiub ayam. kacau. masukkan perisa jika suka. tkyah ltk garam sbb sos tiram dh masin. klu nk pekat buh tpg jagung+dbancuh ngan sedikit air.

didihkan. tutup api. tuang kuah atas sayur tadi.

hiaskan ngan bwg putih goreng/bwg goreng.(ikut suke). dah siap!


No comments:

Post a Comment