Saturday, May 11, 2019

Kek Brownies By ManjaDolce




RESEPI BROWNIES ๐Ÿ˜
Brownies buat makan petang-petang ni. ๐Ÿ˜‹
Bawah ni cara buat Brownies  step by step. Tak payah pakai mixer,sy guna pemukul tangan shj.manual๐Ÿ˜„.
Bahan-bahan :
Bahan A. (Cairkan)
150g majerin ( pelangi/brand lain)
450g Dark Chocolate (  Beryll's/brand lain)
25g serbuk koko ( Van Houten )
Bahan B. ( Ayak bersama )
95g tepung gandum.
1 sudu teh baking powder.
Bahan C.
3 biji telur Gred A /4bj gred B/5bj gred C
100g gula castor perang(klu suke manis blh tmbh lebih 120g/lebih)
1 sudu teh esen vanilla
Utk deco
Kacang badam/walnut (blh letak ikut suke)
Nutella
Cara-cara :
1. Masukkan kesemua Bahan A dan cairkan. Boleh guna kaedah double boil atau boleh guna microwave. Bila dah cair dan sebati, ketepikan sampai sejuk @ suam-suam.
2. Dalam bekas lain, masukkan Bahan B. Pukul 3 biji telur dengan gula castor sampai sebati. Dan masukkan esen vanilla.
3. Bila Bahan A yang cair tadi dah sejuk @ suam-suam sikit, campurkan dengan Bahan B yang dipukul tadi. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak tadi. Kacau biar sebati. Jangan kacau terlalu lama ye.
5. Lapik loyang 10" × 10" dengan baking paper. Dan tuangkan bancuhan brownies tadi & ratakan.
6. Bakar pada suhu 180celcius selama 35-40 minit bergantung pada oven memasing. Panaskan oven terlebih dahulu selama 15-20 minit.
7. Bila dah masak, keluarkan brownies dari oven dan biarkan betul-betul sejuk. Keluarkan dari loyang dan potong. SIAP.
Selamat Mencuba. Boleh share. ๐Ÿ˜

No comments:

Post a Comment