Friday, July 12, 2019



RotiBoy By Manja Dolce

Bahan Filling
*************
200g butter
70g gula perang
1sk esen vanilla
**mix Bahan sampai sebati, simpan tepi.
Bahan Topping
***************
200g butter
3Biji telur
160g gula halus (castor sugar)
200g Tepung gandum
3sk nescafe + 2sb air panas (bancuh dulu)
**mix semua, sampai serasi. masuk dalam piping bag, simpan dalam peti.
Bahan Doh Roti
****************
500g tepung roti
11g yis (sepaket biasa)
2biji telur
200g air suam(uli tangan)/sejuk(guna mixer)
5g bread softener/emplex
5g bread improver
70g butter salted
20g susu tepung
100g gula (@setengah cawan)
**jika guna mixer perlu guna air sejuk. Manja uli tangan so guna air suam.
**campur bahan kering, kacau sebati, masuk telur dgn air. uli sampai puas hati. Saya uli dlm 30minit.
**kalau doh macam lembik walaupun dah jenuh uli, tambah tepung sikit je. uli sekali lagi. dan biar doh kembang dalam 20 minit
Step Doh
*********
1. Doh dah kembang,bentukkan bulat2.
-macam saya, doh bulat tu saya timbang 60g setiap satu.
2. Biar doh kembang dalam 10minit lagi.
3. Leperkan doh sikit, masukkan Filling. Bulatkan doh semula dan pastikan betul-betul tertutup lubang Filling untuk elakkan Filling meleleh.
4. Biarkan doh kembang selama 30-40minit.
5. Boleh keluarkan piping bag topping.
6. Pipe kan atas doh roti dengan berhati-hati. Putus² pun takpa, nanti bakar dia cair.
5. Bakar dalam suhu 160°, 20-30minit/sehingga betul2 rangup.suhu oven bergantung kepada oven masing-masing ya.

No comments:

Post a Comment