Sunday, August 4, 2019

Bomboloni by manjadolce

Bomboloni by manjadolce



Bahan-bahan

500 gram tepung berprotein tinggi/gandum

50 gram susu tepung

11 gram yis

200 gram kentang, kukus, haluskan dan dinginkan

100 gram gula pasir

75 gram mentega/marjerin

½ sudu kecil garam

4 biji kuning telur

100 ml air sejuk dari peti ais


Cara-cara

Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, gula, susu tepung, yis dan digaul rata.


Masukkan kentang halus, kacau rata dahulu sebelum dituang telur dan air sejuk. Uli hingga rata dan setengah elastik.


Selepas itu, baru dimasukkan mentega dan garam, uli terus hingga menjadi elastik. Rehatkan selama 15 minit.

Setelah kembang, leperkan adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat.

Biarkan doh kembang seketika.

Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.

Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.

Angkat dan biarkan ia sejuk seketika sebelum di masukkan inti.

Tips:

Uli adunan lebih kurang 10 minit. Rehatkan 5 minit. Kemudian uli lagi 10 minit. Rehatkan lagi. Ulang langkah ini 2@3 kali. Kemudian rehatkan doh lebih kurang 60 minit atau sehingga kembang 2 kali ganda. (tips untuk mendapatkan doh yang lembut jika tidak mempunyai mesin pengadun).


Bahan Krim Pastri :

1/2 Cawan Krim Putar Bukan Tenusu (whipping cream)

3 Biji Kuning Telur

6 Sb Gula

1 Cawan Susu Segar

1 sk Esen Vanila

3 Sb Tepung Gandum

Cara-cara:

Pukul kuning telur bersama gula sehingga putih dan berkrim.

Masukkan susu segar dan esen vanila. Kemudian kacau sebati.

Masukkan pula tepung gandum dan kacau sehingga tepung sebati.

Masak adunan sehingga menjadi likat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul. Sejukkan adunan setelah pekat. (tutup permukaan atas adunan dengan plastik supaya adunan tidak mengeras di atasnya)

Pukul krim putar sehingga kental. Masukkan ke dalam adunan pertama tadi dan kaup balik sehingga rata.

Masukkan krim ke dalam piping bag dan pipe ke dalam donut yang telah sejuk tadi.

Info: gambar bomboloni manja.. Inti manja letak cream pastri yang inti color kuning(rujuk resepi di atas) nutella, blueberry, mengikut citarasa sendiri.


No comments:

Post a Comment