Thursday, January 9, 2020

Baby Kailan Ikan Masin By Manja Dolce



BABY KAILAN IKAN MASIN

Bahan-bahan:

4 ikat sayur kailan -
Sedikit ikan masin ikan tenggiri
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan

Cara-cara:

1)Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda, manja x potong.. Hehehehe..
2)Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .
3)Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
4)Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing.
5)Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu .
6)Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sekejap.
7)Masukkan pula soa ikan dan terus kacau.
8)Akhir sekali masukkan sayur kailan.
9)Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air .
10)Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.
11)Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.
12)siap untuk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment