Friday, November 16, 2018

Bubble Rice Choco Jar By ManjaDolce





Bubble rice choco jar

Bahan2..
1.Bubble rice (ikut sukatan nk letak byk mane ikut bekas)
2.berylis milk chocolate (500g)klu 1kg minyak 50ml
3.topping (manja letak m&m' dan kinder bueno..ikut suke nk letak ape..)
4.jar (manja guna food container sbb sng nk mkn)
5.Minyak ( 25ml)
Cara2..
1.masak chocolate dengan cara double boiler.bila Dah cair masuk minyak..(hati2 semase boiler.. Jgn smpai air termasuk kedlm chocolate)
2.sementara tgu chocolate  cair panggang Bubble rice pada suhu 120' selama 10mnt hingga rangup
3.kmudian letak Bubble  rice dlm jar.(pastikan bubble rice dh sejuk..
lpastu tuang chocolate td(pastikan chocolate sudah suam2 kuku baru tuang tas bubble rice)
4.kmudian bolehla topping..
5.dh blh mkn dh (Klu chocolate dh kering.dh lama smpn... Just rendam dgn air panas je.. Nnti chocolate cair semula)

Friday, November 9, 2018

BUBBLE RICE CHOCO BAR BY MANJADOLCE

Aku Menteri Dapur! Kekekeke.... Harini manja x busy... So manja masuk dapur utk buat sesuatu... Ni lah hasil kejadiannye... 🤗🤗🤗
Ha.. Yg ni picture manja buat td... 🤗
Manja balut dengan pembalut coklat.. Sbb xnk coklat manja rosak bertindih2..dh siap balut masuk dlm Balang... Manja simpan dlm peti ais.. Nk mkn baru keluarkan...xde lah coklat manja rosak...🤗

BUBBLE RICE CHOCO BAR

BAHAN BAHAN
🍥 1kg chocolate masakan (manja guna beryl's milk compound coin)
🍥 50 ml Minyak masak
🍥 bubble rice secukupnya
Ikut selera masing2..boleh juga letak almond/

👉Klu guna mold mcm yg manja guna blh dpt 83pcs... 🤗🤗

PENYEDIAANNYA

01) bakar (dlm oven) bubble rice pada suhu 120°c selama 10min lebih kurang/sehingga rangup...ketepikan

02) double boil chocolate masakan sehingga cair sepenuhnya....masukkan minyak masak dan kacau sehingga sebati...

03) masukkan sedikit choc ke dalam mould/cetak

04) tabur bubble rice ke atasnya... Jgn tekan..

05 ) tuang (2) ke atas bubble rice tadi sehingga menutupi keseluruhan permukaan...hentak2 sedikit mould untuk ratakan...
****pastikan choc suam2 kuku sebelum tuang ke atas bubble rice utk elakkan lemau

06) boleh simpan ke dalam peti sejuk bahagian chiller seketika.... Dah sejuk/beku...boleh keluarkan dari cetak/mould dan sedia di makan 😋😋😋😋

****manja letak minyak masak sikit, jd nanti selepas beku, chocolate bar yang terhasil tidak terlalu keras... Just nice mcm kita beli kt kedai...😊😊😊

#bubblericechocobar








Thursday, July 5, 2018

KEK MARBLE MOIST BY MANJADOLCE

KEK MARBLE MOIST BY MANJADOLCE

Bahan-bahan:

250 gm(1cawan) butter
2 cawan tepung
1 sdk baking powder
3 sdb sri kaya
3 sdb susu pekat
3/4 cawan gula kaster
4 biji telur gred A
1 sdb ovalet
1 sdb esen vanila
5 sdb susu segar
**
Untuk pewarna manja guna

2 sdb serbuk koko(manja letak air suam sikit utk larutkann)
1 tutup pewarna pink
1 tutup pewarna kuning

Cara-cara:

1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovalet putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.
Masukan sri kaya.
Masukan susu pekat,
Masukkan tepung sedikit demi sedikit,
selang seli dengan susu segar,
putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan 3 sudu (besar) serbuk koko.  Masukkan dalam loyang berselang seli sampai habis. 
Kukus 1 jam/sehingga masak.

#Jika bakar

Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama.  Turunkan suhu pada 150 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal.
 

Pati Air Fanta Hijau By ManjaDolce

Dah siap Buat Pati Air Fanta Hijau..

Sedap Tau...
Cube lah..

Bahan2

✔ 3 kg gula pasir
✔ 2 liter air
✔ 1 botol kecil Sunquick Oren 330ml
✔ 1/2 botol pewarna hijau apple
✔ 1/2 botol perisa pisang

Caranya

1. Masak air dan gula pasir sehingga mendidih dan gula larut.

2. Masukkan Sunquick Oren dan pewarna hijau...Biarkan mendidih.

3. Tutup api baru masukkan perisa pisang,kacau sebati dan sejukkan.

4. Simpan di dalam botol...Cara bancuhan letak sedikit pati air fanta hijau,tambah air masak secukup nya dan tambah ais batu sedia utk dihidangkan.