Thursday, August 29, 2019

DIET...No ubat kurus! Berat badan dari 60kg on diet By Manja Dolce

Struggle untuk turunkan berat badan...
Tengok berapa jauh berat manja boleh turun.. Dekat picture ade manja letak detail berat badan dari baru kawin smpai lah berat hari ini....

Berat dr 60kg on diet...

#manjamakanjamu
#dietseimbang
#takadatakmakan
#oatmakan
#nomakanubatkurus

Wednesday, August 21, 2019

Kek Coklat Cheese Berhantu By Manjadolce

Kek Coklat Cheese Berhantu By Manjadolce



RESEPI KEK COKLAT CHEESE BERHANTU BY MANJADOLCE👻

Bahan kek coklat moist

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan fresh milk
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula halus

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum ayak bersama baking dan soda.
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
1sb ovalette

CARA PENYEDIAAN

Campo semua bahan A dan letak atas api kaedah double boil. Kacau sebati sejukan.

Masukkan bahan B kedalam bahan A gaul sebati. Tak perlu beria ria gaul agak sebati dah stop. Guna sudip kayu jer.  panaskan air dlm periuk kukusan, boleh kukus kek tadi dalam bekas, nak guna loyang pun boleh.. terpulang kepada ualls la.  cucuk dgn lidi untuk check kek dah masak atau  belum. Kalau cucuk lidi keluar bersih makna kek dah masak. Untuk bekas yang manja gunakan kujus 30minit. Kalau guna loyang kukus 45minit-1jam sehingga masak.

Bahan untuk cheese.

250gm cream cheese tatura
Setengah cawan susu pekat
Setengah cawan whipping cream
Setengah cawan fresh milk
Mix semua bahan dan boleh tuang atas kek bila kek dah sejuk. Kemudian masuk jap dalam peti ais bagi  chesee keras sikit sebelum curah coklat ganache di bahagian atas.

Bahan untuk coklat ganache.

200gm dark coklat bar jenama beriyls
Setengah cawan fresh milk
Setengah cawan whiping cream.
1 sudu butter
Sedikit nutella (optional) klu xnk letak xpe.letak nutella lagi sedap..

Masak jap atas api guna kaedah double boil sampai coklat cair. Tunggu sejuk baru curah atas cheese tadi.

Ambil lebihan cheese 1-5 sudu masuk dalam piping beg. Potong hujung dan lorek atas kek sebagai hiasan. Simpan jap kek dalam peti ais, time nak makan  keluar kan dulu kejap. Hmmmm, yum yum sedapnya bila dimakan sejuk . 😋

Wednesday, August 14, 2019

Icecream batang ala² magnum dan icecream ala² magnum viral By Manja Dolce











Gigih manja buat ice cream batang ala² magnum dan icecream ala² magnum ikat viral...🤗🤗🤗

BAHAN UNTUK AISKRIM VANILA

2cawan whipping krim (dairy)
*Saya guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair @ susu fullcream pun boleh je

1/2 cawan susu pekat

1 sudu kecil ovellate

Sedikit esen vanila

BAHAN UNTUK SALUTAN COKLAT

360gm coklat masakan/milk coklat & dark chocolate beryl's ( manja guna dark coklat beryl's je.. Klu yg suke manis blh cmpur dgn milk coklat) 

CARA-CARA

1. PUTAR / BLENDER BAHAN AISKRIM VANILA

Mula-mula campurkan kesemua bahan lepastu putar dengan mixer @ blender hingga kembang gebu

Mixer @ blender hingga adunan jadi kembang 2 kali ganda.

2. DOUBLE BOIL COKLAT

Kemudian double boilkan coklat hingga cair.

Tunggu coklat suam sikit.

3. RATAKAN COKLAT DALAM PLASTIK AISKRIM

Seterusnya masukkan coklat yang dah double boil tadi ke dalam piping bag.

Lepas tu picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan.

Agak-agak je tak nipis sangat tak tebal sangat.

Jangan risau salutan coklat tu tak perlu mengeras. Kalau tunggu mengeras nanti dia tak bersalut dengan ais krim.

2. TUANG ADUNAN AISKRIM

Disebabkan coklat tu pekat, jadi bila ratakan dalam plastik tu, coklat akan melekat kat keliling plastik. Tengah-tengahnya automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim kat tengah.

So boleh tuang macam biasa. Kalau dah mengeras nanti dia tak bersalut dengan ais krim.

3. SEJUKKAN

Akhir sekali sejukkan dalam peti ais selama 5-6 jam atau semalaman.

Siap.

Bila dah sejuk,blh lh mkn hari2...🤗🤗🤗

*yg dlm acuan pun sama resepi.. Cume dlm acuan kene bekukn dulukn icecream vanila(rujuk dalam video manja)

Badam byk kt umh.. Manja letak badam dh siap panggang.... 🤗

Tuesday, August 6, 2019

AYAM MASAK SAMBAL HIJAU PETAI BY MANJA DOLCE

Resepi ~

Ayam 1/2 ekor
Petai (ikut suka nk letak bnyk ke sikit)
*Bwg besar 1 biji
Bawang besar 1 biji (hiasan) tak nak letak pum xpe
*Bwg putih 5 ulas
*Cili hijau 15 biji (nak lagi pedas tambah lagi)
Kiub pati ayam knoor 1
Garam n gula sedikit
Serai 1 batang (ketuk)
Garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara ~

Basuh ayam dn toskan, gaulkan ayam dgn serbuk kunyit dn garam
Goreng ayam separa masak
Blender bahan yg bertanda *
Minyak lebihan yg goreng ayam td tumiskan bahan yg bertanda *
Dah agak garing masukkan petai dan kiub pati ayam
Masukkan ayam dan gaul sebati
Masukkan garam, ajinomoto dan gula sedikit

Dah siap untuk dimakan..


sedap mkn dgn nasi panas

Sunday, August 4, 2019

Bomboloni by manjadolce

Bomboloni by manjadolce



Bahan-bahan

500 gram tepung berprotein tinggi/gandum

50 gram susu tepung

11 gram yis

200 gram kentang, kukus, haluskan dan dinginkan

100 gram gula pasir

75 gram mentega/marjerin

½ sudu kecil garam

4 biji kuning telur

100 ml air sejuk dari peti ais


Cara-cara

Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, gula, susu tepung, yis dan digaul rata.


Masukkan kentang halus, kacau rata dahulu sebelum dituang telur dan air sejuk. Uli hingga rata dan setengah elastik.


Selepas itu, baru dimasukkan mentega dan garam, uli terus hingga menjadi elastik. Rehatkan selama 15 minit.

Setelah kembang, leperkan adunan lebih kurang 1cm dan tekap bulat.

Biarkan doh kembang seketika.

Panaskan minyak dan goreng doh tadi sehingga garing. Minyak jangan terlalu panas kerana doh akan cepat rentung. Gunakan api sederhana kecil untuk menggoreng.

Terbalikkan doh setelah sebelahnya garing. Jangan terbalikkan banyak kali kerana ia akan menyerap minyak.

Angkat dan biarkan ia sejuk seketika sebelum di masukkan inti.

Tips:

Uli adunan lebih kurang 10 minit. Rehatkan 5 minit. Kemudian uli lagi 10 minit. Rehatkan lagi. Ulang langkah ini 2@3 kali. Kemudian rehatkan doh lebih kurang 60 minit atau sehingga kembang 2 kali ganda. (tips untuk mendapatkan doh yang lembut jika tidak mempunyai mesin pengadun).


Bahan Krim Pastri :

1/2 Cawan Krim Putar Bukan Tenusu (whipping cream)

3 Biji Kuning Telur

6 Sb Gula

1 Cawan Susu Segar

1 sk Esen Vanila

3 Sb Tepung Gandum

Cara-cara:

Pukul kuning telur bersama gula sehingga putih dan berkrim.

Masukkan susu segar dan esen vanila. Kemudian kacau sebati.

Masukkan pula tepung gandum dan kacau sehingga tepung sebati.

Masak adunan sehingga menjadi likat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul. Sejukkan adunan setelah pekat. (tutup permukaan atas adunan dengan plastik supaya adunan tidak mengeras di atasnya)

Pukul krim putar sehingga kental. Masukkan ke dalam adunan pertama tadi dan kaup balik sehingga rata.

Masukkan krim ke dalam piping bag dan pipe ke dalam donut yang telah sejuk tadi.

Info: gambar bomboloni manja.. Inti manja letak cream pastri yang inti color kuning(rujuk resepi di atas) nutella, blueberry, mengikut citarasa sendiri.