Sunday, September 10, 2017

Lala Kam Heong By Manjadolce






Bahan-Bahannya
300 grm lala (dicuci & ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
8 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam secukup rasa dan Gula secubit


Cara Membuatnya:-
Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau. 
Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati. 
Tambahkan garam serta gula secukup rasa.

Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.masukkan dlm pinggan. Ketepikan.

Untuk rebusan brokoli dan cendawan
1/2 kiub ayam
Air

Cara: masukkan kiub ayam. panaskan air sampai mendidih. Lepas tu masukan brokoli dulu. Jgn celur lama sgt. Nnti x rangup brokoli. X sdp. Kemudian toskan.
Celur cendawan pula. Toskan..

Dh siap semua...letak brokoli dan cendawan yg sudah ditoskan td.. Siap...



Kerang Air Asam Ala Thai





Kerang Air Asam Ala Thai.. Cantik je kan kerang tak kecut... Segar nampak....
KERANG AIR ASAM Ala Thai
Bahan- Bahan
2 kilo kerang
10 batang cili api
3 biji limau nipis dibelah 4
2 biji tomato
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air limau satang
2 inci belacan dibakar
1 genggam asam jawa jadikan 1 cawan jus asam jawa
garam dan gula secukupnya
Daun ketumbar 
Cara -Cara
Basuh kerang dan rebus kerang sehingga ada kerang yang terbukak sendiri
Note: Manja Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari petis ais untuk elakkan kerang jadi kecut dan nak nampak segar.. Pastu buang separuh cengkerang dan gunakan separuh lagi yang berisi untuk dibuat kerabu
Hiris kasar cili api dan tomato
Satukan air asam jawa , belacan bakar , sos ikan , jus limau satang , cili api , tomato , garam dan gula dalam bekas yang sesuai
Gaulkan bersama kerang sehingga mesra
Akhir sekali perahkan limau nipis dan masukkan daun ketumbar yang dipotong kasar , campurkan sekali kulit limau dan gaul lagi sehingga sebati

Siap....

Tuesday, September 5, 2017

Princess

Princess







Pucuk Paku Goreng Cili Api

Pucuk Paku Goreng Cili Api


Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih) By Manjadolce

Resepi Sizzling Yee Mee ( untuk 5 orang nih)
By Manjadolce





9 ulas bawang putih ( ketuk atau hiris)

2-3 inci halia ( hiris nipis)

5-6 tangkai Cili kering ( potong 2 atau 3) nak pedas boleh lebihkan..

sebelah dada ayam

sebungkus cendawan shitake

3 -4 sb sos tiram

3-4 sb kicap pekat dan 2-3sb kicap cair

serbuk lada hitam

sesudu kecil minyak bijan

4-5 cawan air (ikut suka pun boleh)

3-4 sudu besar tepung jagung untuk pemekat ( harus di bancuh dengan air)

sayur sawi atau kubis

yee mee


Cara:

tumis bawang putih, halia dan cili kering bila hingga kekuningan

masukkan ayam kemudian sedikit air..

masukkan cendawan..

masukkan air, biarkan seketika hingga ayam masak..

masukkan semua perasa (kicap, sos tiram,lada hitam)

masukkan minyak bijan

tutup seketika.. pastikan cendawan dan ayam betul2 masak

masukkan cecair tepung jagung untuk memekatkan kuah..

bila rasa dah ok... siap boleh la tutup apinya

boleh la mulakan proses membuat yee mee atas hot plate tu...

update:

mula mula masukkan mee atas hot plate, letakkan sayur di atasnya, kemudian curahkan kuahnya sesenduk di atas mee tersebut, pecahkan telur jika mahu, dan teruskan mencurahkan kuah beserta lauk dan cendawan secukupnya... kacau kacau mee untuk serasakan kelembutannya

kalau takda hot plate.. boleh je satukan.. masukkan yee mee bersama kuah dalam kuali..


untuk yee mee nya:

rendam seketika dengan air masak, dalam 5-10 minit, kemudian buang airnya dan biarkan seketika.

air tu perlu dibuang untuk mengelakkan mee terlalu lembut,

anda akan dapati mee masih lagi keras ketika air telah dibuang,

namun jangan risau, mee itu akan cepat lembut bila dibiarkan seketika..

lagipun nanti kita akan masak mee itu sekali lagi bersama kuahnya.

mee itu akan lembut juga nanti, so tak perlu la rendam lelama.. =)

Udang Masak Kari Kering

Udang Masak Kari Kering


Bahan-Bahan

11 ekor Udang
5 tangkai Daun kari
5 Sdb Serbuk kari (bancur dgn air dahulu)
1btg Serai *
1 Bawang besar *
3 Bawang putih *
1/2 cawan Santan
Garam
Ajinomoto

Cara

1-goreng udang dgn kunyit+sedikit garam. Jgn goreng lama2.nanti udang kecut. Kemudian toskan. Dan ketepikan.

2-tumis bahan2 yg manja tanda *
Tumis sekejap kemudian.

3-masukan daun kari+serbuk kari yg sudah dibancur terlebih dahulu.tumis sehingga pecah minyak..(Agak kering)

4-masukan santan+garam+ajinomoto.Tumis sampai kering.

5-masukan udang yg telah digoreng..gaul bg rata. Terus tutup api. Siap... SEDAP...

Udang Goreng Butter/Buttered Prawn By Manja Dolce

Udang Goreng Butter/Buttered Prawn By Manja Dolce



Sarang Telur:

2 biji kuning telur

1 senduk butter/margerin

1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur.

Panaskan butter/margerin bersama minyak masak.Manja gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.

Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.


Udang:

12 ekor udang

Sedikit garam

Sedikit lada sulah

Minyak untuk menggoreng

3 ulas bawang putih - dicincang

6-8 tangkai cili padi - dihiris

5 tangkai daun kari

1/4 cawan susu cair/susu segar

Sedikit butter/margerin untuk menumis

Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka

Garam secukup rasa

1-Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.


2-Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.


3-Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.


4-Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp....

Ikhlas dari Manjadolce




Sunday, August 13, 2017

KEK LAVA BY MANJADOLCE

KEK LAVA BY MANJADOLCE

Bahan-bahan

3 Biji telur(manja guna gred A)
1 Cawan gula halus(manja guna 3/4 cawan)
1 Cawan susu pekat
1 Cawan serbuk koko(manja guna van houten)
2 Cawan tepung gandum
1 Sdk bikarbonat
1 Sdk baking powder
1 Cawan minyak masak
1 Cawan air panas

Cara

1-masukkan telur dan gula haluskacau sehingga kembang

2-kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi sehingga sebati

3-masukkan serbuk koko,bikarbonat,baking powder dan tepung gandum. Kacau sehingga betul-betul sebati.

4-setelah adunan tadi sebati. Masukan minyak masak dan kacau sehingga sebati.

5-kemudian masukkan air panas dan kacau sehingga sebati.

6-masukkan acuan mengikut pilihan sendiri.
 
7-kukus sehingga 1jam.

 Resepi chocolate Ganache

 Bahan-bahan

50gram serbuk koko
1 sb minyak masak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
Cara

Masukan semua bahan tadi kacau sehingga sebati. Kemudian baru buka api kecil dan kacau sehingga sebati dan likat

 Selamat mencuba. Ikhlas dari manjadolce..


Sunday, July 30, 2017

Biskut Bebola Kristal By Manjadolce


Biskut Bebola Kristal By Manjadolce





Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula aising - Tak nak manis kurangkan 1/2 cawan-manja guna 3/4 cawan
2 sudu besar susu tepung- manja guna 5 sudu
1 cawan minyak sapi - dicairkanMangkuk
1 bekas almond (dikisar)

kertasGula caster

Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan.
  2. Gaul sampai jadi doh.
  3. Bentukkan bulat,susun atas dulang.
  4. Bakar suhu 160c, 15-20 mnit.
  5. Dah suam-suam golekkan dalam gula caster..
  6. Masukkan dalam mangkuk kertas.

RESEPI RENDANG DAGING SEDAP BY MANJADOLCE

RESEPI RENDANG DAGING SEDAP BY MANJADOLCE






Bahan:
2kg daging
5 batang serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit cili api/lada giling ikut lh nk pedas mana*

2 Paket kerisik yg size kecil
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun limau purut
garam, aji & gula

Cara:
1- kisar bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga naik bau..
2- masukkan santan.. asam keping.. garam.. 3- gula.. aji.. dan kerisik..
4- kacau hingga kuah menjadi pekat..
5- masukkan daging dan kacau sampai daging lembut...daging dh lembut..
6- masukkan daun kunyit..

siap..!! sedia untuk dihidang.. sedap!

Saturday, July 29, 2017

IKAN MASAK ASAM PEDAS JOHOR DAN AYAM MASAK ASAM PEDAS JOHOR BY MANJADOL

IKAN MASAK ASAM PEDAS JOHOR DAN AYAM MASAK ASAM PEDAS JOHOR BY MANJADOLCE






KEK BATIK BISKUT MARIE MOIST BY MANJADOLCE

KEK BATIK BISKUT MARIE MOIST BY MANJADOLCE







Shell-Out Seafood By Manjadolce


Shell-Out Seafood By Manjadolce




Manja buat ni utk 3/4 org mkn

Ketam 1/2kg
Udang 1/2kg
Sotong 1/2kg
Lala 1/2kg
Kerang 1/2kg


Lada kering yg sudah dikisar 2 sudu besar
Bawang merah 2 bj besar (blander)
Bawang putih 4 biji (blander)
Halia suku (blander)
Serai 2 batang (blander)
Belacan suku (blander)
Kari 1 paket (bancuh)
Sos tiram adabi 1 botol sedang
Daun kari 4 batang
Gula kasar 3 cubit
Ajinomoto (ikut suke)
Brokoli(ikut suke nk berapa byk. Cm manja mmg suke brokoli. Tu letak byk
Carrot (ikut suke)
Jagung (rebus. Ikut suke brp org nk mkn)

Cara
1-Tumis bahan yg dh diblander td sehingga warna perang..
2-Kemudian masukkan lada yg sudah diblander.. Tumis hingga 10minit
3-masukan serbuk kari yg sudah dibancuh.. Tumis sehingga pecah minyak...
4-masukn daun kari
5-masukan sos tiram. Tuang semua
6-masukkn ajinomoto (ikut suke)
Manja xde guna garam.. 100% sos tiram
7-masukn seafood td bermula dgn ketam dan seterusnye...

Dh siap blh dihidangkan. Mmg sdp. Resepi manja sendiri cipta.. Xde tgk google ke ape.. Manja mix dgn kari sbb manja mmg suke kari ketam grg kering.
Klu siapa dh try sedap..
SHARE.. SHARE... SHARE....
TQ

Resepi Ayam Panggang Ala KENNY ROGERS BY MANJADOLCE





Resepi Ayam Panggang Ala KENNY ROGERS BY MANJADOLCE

Bahan-Bahannya:


-Ayam (seekor)

-1 sudu teh garam

-1 kiub pati ayam

-2 inci Halia

-3 batang serai

-4 ulas bawang putih

-4 sudu makan lada hitam (ditumbuk/blander kasar)manja blander je. Tp blender kasar sikit.

-4 sudu makan madu

-4 sudu makan sos tiram

-4 sudu makan minyak zaitun

-Bahan-bahan yang dikisar. Serai, kiub pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air.

-Kemudian, campurkan semuanya dalam bekas untuk perapan. Bahan-bahan yang dikisar tadi, madu, lada hitam, sos tiram dan garam.

-Kemudian, gaulkan sehingga ianya sebati.

-Gaulkan pada ayam.

-Kemudian perapkan pada ayam. Perapkan semalaman atau paling minima 4 jam. Tapi lagi lama perap lagi best, bahan perapan meresap hingga ke tulang ayam. (Untuk 2 ekor ayam, sila gandakan bahan-bahan tadi ya)

-Selepas perapan semalaman, sedia untuk di panggang.

-Panaskan oven 15 minit terlebih dahulu sebelum masukkan ayam. Gunakan api atas bawah. Suhu 200'C dan panggang dalam oven selama 1 jam 30 minit.

-panggang ayam selama 30 minit. Keluarkan ayam untuk sapu lebihan kuah rempah tadi. Selepas itu, masukkan semula ayam ke dalam oven selama 1 jam..


-Selepas 1 jam keluarkan ayam.

-Dah siap, Alhamdulillah, semerbak bau macam Kenny Rogers. Selamat mencuba semua.




AGAR-AGAR SANTAN PANDAN BY MANJADOLCE


AGAR-AGAR SANTAN PANDAN BY MANJADOLCE
Bahan-bahan

25gm agar-agar tali

1500ml air

1 cawan gula pasir

1/2 cawan air daun pandan (Kisar 6 helai pandan dengan 1/2 cawan air dan tapis)

2 biji telur gred A

dua ketul gula batu - manja letak sbb bila agar2 dh keras.. Bila di potong xde keluar air

1 cawan santan segar

Pewarna hijau klu nak bagi color agar-agar cantik.