Wednesday, January 22, 2020

RESEPI KEK BROWNIES KEDUT BY MANJA DOLCE





RESEPI KEK BROWNIES KEDUT BY MANJA DOLCE😍

Bahan-bahan :

Bahan A. (Cairkan)
150g majerin ( pelangi/brand lain)
450g Dark Chocolate (  Beryll's/brand lain)


Bahan B. ( Ayak bersama )
95g tepung gandum.
1 sudu teh baking powder.
25g serbuk koko ( van houten )
Bahan C.
3 biji telur Gred A /3bj gred B/4bj gred C
100g gula castor perang(klu suke manis blh tambah lebih 120g/lebih.ikut selera memasing)
1 sudu teh esen vanilla

Utk deco boleh letak ikut suke
Kacang badam/walnut
Nutella
White Chocolate

Cara-cara :

1.Masukkan Bahan B. Pukul 3 biji telur dengan gula castor sampai sebati. Dan masukkan esen vanilla.Ketepikan.

2. Masukkan kesemua Bahan A dan cairkan. Boleh guna kaedah double boil atau boleh guna microwave. Bila dah cair dan sebati,tuang panas-panas dalam adunan B. Kacau sebati.

3. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak tadi, baking powder. Kacau biar sebati. Jangan kacau terlalu lama ye.

5. Lapik loyang 10" × 10" dengan baking paper. Dan tuangkan bancuhan brownies tadi & ratakan.

6. Bakar pada suhu 150' selama 35 minit bergantung pada oven memasing. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit.

7. Bila dah masak, keluarkan brownies dari oven dan biarkan betul-betul sejuk. Keluarkan dari loyang dan potong. SIAP.

Selamat Mencuba.

Friday, January 17, 2020

Donut Gebu By Manja Dolce

Donut Gebu By Manja Dolce





DONUT GEBU BY MANJA DOLCE

bahan2
8gm yis
30ml air suam
2sb gula
1sb rfb
500gm tepung gandum
3sb susu tepung
2sb susu pekat
4sb shortening
1sk garam
2 biji telur gred A
135ml air biasa (jika adunan keras boleh tambah air lagi sedekit demi sedikit sampai ok)

cara2nya
1)yis,gula dan air suam dikacau sebati.jika nak tahu yis aktif dalam 5minit dia dah naik.
2)masukkan tepung gandum,susu pekat, susu tepung,shortenig,rfb,telur,garam gaul dengan tangan bagi sebati dulu.
3)tuang air sikit2 sambil uli jangan letak semua air bimbang terlembik sebab setiap tepung x sama.klu Kuran air. Blh tambah air.
4)boleh uli sampai jadi doh.kalau letak rfb saya uli 20minit je dh gebu gebas.
5)siap uli perap 15minit tumbuk keluar angin.
6)bentukkan doh timbang 35gram dan tunggu naik 2x ganda dalam 15-20minit boleh goreng dalam api perlahan.Nak goreng baru buat lubang tengah guna jari je.
7)dah sejuk golek dalam gula kastor.

Yang banyak2 tu dlm plastik manja goreng membal je.. Sbb nk frozenkan...

Friday, January 10, 2020

Kuah Kacang Ayam By Manja Dolce



Kuah Kacang Ayam By Manja Dolce

Bahan bahan
1 1/2ekor ayam - potong kecik. 1 ekor pun blh..
1/2 kg kacang tanah
3 sudu besar cili kering yg sudah diblender
3/4 cawan gula pasir
1 sdb serbuk gula Melaka
garam secukup rasa
Ajinomoto
minyak masak
4 batang serai ketuk
1 bunga lawang
1 kayu manis
1/2 santan kotak
3 sb air asam jawa

Bahan blender :
5bj bawang merah besar
6 ulas bawang putih size sedang
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

Cara cara:
Kacang tanah disangai tanpa minyak.
Buangkan kulit dan dikisar serta sedikit ditumbuk supaya tidak terlalu hancur. Jangan kisar terlalu hancur. Ketepikan.


Tumis bahan yg diblender.
Masukkan bunga lawang dan kayu manis. Tumis sampai color brown.
Masukkan cili.tumis sampai garing..

Masukkan ayam..
Masukkan serai ketuk.
Masukkan air sampai tenggelam ayam..
Masukkan kacang tadi..
Masukkan santan.
Air asam jawa.
Masak sampai ayam kecut..
Masukkan garam+gula+serbuk gula melaka+ajinomoto..

Masak sehingga kacang lembut.. Kuah klu kering tapi kacang x lembut lagi.. Tambah air sikit2...jangan terlalu beria2 kacau ayam. Nanti ayam hancur..


Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Kalau pekat, tambah air panas. Kuah kacang mesti ada rasa manis, baru sedap. Jika kurang manis, tambah gula sedikit demi sedikit.



Kuah akan mengering sedekit apabila sejuk.jadi biarkan kuah dia lebih sedikit..
Warna kuah kacang ni mmg original pucat sikit tau.jgn tambah cili kering byk2...x jd nnti...


Nasi empit dh sejuk..blh lh mkn...mengulang2 makan....

#Original resepi makanan tradisi Selangor yang popular pada hari raya Aidilfitri...







Thursday, January 9, 2020

Baby Kailan Ikan Masin By Manja Dolce



BABY KAILAN IKAN MASIN

Bahan-bahan:

4 ikat sayur kailan -
Sedikit ikan masin ikan tenggiri
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan

Cara-cara:

1)Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda, manja x potong.. Hehehehe..
2)Ambil bawang merah dan putih dan dipotong halus .
3)Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
4)Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing.
5)Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu .
6)Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sekejap.
7)Masukkan pula soa ikan dan terus kacau.
8)Akhir sekali masukkan sayur kailan.
9)Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air .
10)Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.
11)Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup untuk memasinkan resepi ini.
12)siap untuk dihidangkan.




Siakap Stim Ala Thai By Manja Dolce






Siakap Stim Ala Thai By Manja Dolce



Bahan:
Ikan siakap/Ikan lain pun boleh je
Kiub pati ayam
Bawang holland
Bawang putih
Cili merah
Halia
Serai
Sos ikan
Garam
Gula
Air perahan Limau nipis
Daun ketumbar

Cuci ikan dengan air perahan limau untuk hilangkan hanyir.rendam sekejap.

Dh siap cuci ikan.. masuk dlm bekas untuk distim.

Ambil 1 kiub pati ayam dan campur air panas. Letak tepi(kalau ikan kecik sikit ½ kiub je)
Masukkan bawang holland, serai, halia dalam perut ikan.
Then siram air kiub pati ayam td dlm perut ikan


bahan sos untuk disiram atas ikan.

Blend kasar bawang putih + cili merah
Then masukkan sos ikan 3 sudu besar, garam gula secukup rasa, air perahan limau dalam 5 sudu,pak aji.
Dag kacau sebati semua.. Curah je kt ikan.

Masukkan daun ketumbar dipotong2
Masukkan akar ketumbar.Akar ketumbar nk bg lagi sedap..

Kukus 20 minit..

Siap kukus... Dh blh mkn dah panas2...Sedap...

Selamat mencuba.. Memang sedap. Mcm mkn kt kedai tau... Kaw...!!!