Saturday, May 11, 2019

Kek Brownies By ManjaDolce




RESEPI BROWNIES 😍
Brownies buat makan petang-petang ni. πŸ˜‹
Bawah ni cara buat Brownies  step by step. Tak payah pakai mixer,sy guna pemukul tangan shj.manualπŸ˜„.
Bahan-bahan :
Bahan A. (Cairkan)
150g majerin ( pelangi/brand lain)
450g Dark Chocolate (  Beryll's/brand lain)
25g serbuk koko ( Van Houten )
Bahan B. ( Ayak bersama )
95g tepung gandum.
1 sudu teh baking powder.
Bahan C.
3 biji telur Gred A /4bj gred B/5bj gred C
100g gula castor perang(klu suke manis blh tmbh lebih 120g/lebih)
1 sudu teh esen vanilla
Utk deco
Kacang badam/walnut (blh letak ikut suke)
Nutella
Cara-cara :
1. Masukkan kesemua Bahan A dan cairkan. Boleh guna kaedah double boil atau boleh guna microwave. Bila dah cair dan sebati, ketepikan sampai sejuk @ suam-suam.
2. Dalam bekas lain, masukkan Bahan B. Pukul 3 biji telur dengan gula castor sampai sebati. Dan masukkan esen vanilla.
3. Bila Bahan A yang cair tadi dah sejuk @ suam-suam sikit, campurkan dengan Bahan B yang dipukul tadi. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak tadi. Kacau biar sebati. Jangan kacau terlalu lama ye.
5. Lapik loyang 10" × 10" dengan baking paper. Dan tuangkan bancuhan brownies tadi & ratakan.
6. Bakar pada suhu 180celcius selama 35-40 minit bergantung pada oven memasing. Panaskan oven terlebih dahulu selama 15-20 minit.
7. Bila dah masak, keluarkan brownies dari oven dan biarkan betul-betul sejuk. Keluarkan dari loyang dan potong. SIAP.
Selamat Mencuba. Boleh share. 😍

Cornflakes Madu By ManjaDolce

Biskut Cornflakes Madu


Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.

Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.

Sudukan ke dalam paper cup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. 

Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian

Choc Chip By ManjaDolce Ala-ala Famous Amos

CHOC CHIP BY MANJADOLCE ALA-ALA FAMOUS AMOS

confirm tak boleh stop bila dah makanπŸ˜„πŸ˜„

BAHAN A
1cwn butter
1cwn gula perangperang (manja guna 3/4 cawan shj)
1cwn minyak masak
1sdb susu cair/susu segar
(Manja guna susu full cream 2sdb)
1 biji telur
1sdk esen vanilla
Secubit garam

BAHAN B
4cwn tepung gandum
1sdk cream of tartar
1sdk baking powder
1sdk berkarbonat soda

Hiasan
choc chip (hiasan)
almond cincang (hiasan)

Cara
Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama..
Dlm 1minit je..
Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..
Akhir sekali letak choc chip dan almond.
Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 140c 25minit (ikut suhu oven masing2)